Tuesday, 25 August 2015

Dijamin Anda Akan Menitiskan Air Mata Selepas Membacanya : Luahan Sayu Seorang Ibu Redha Pemergian Bayinya Selepas Hanya Dapat Bersama Untuk 4 Hari Sahaja...


Bayi perempuan mereka dipercayai mengalami penyakit Cleft Palate iaitu lelangit tekak tak bercantum.

Untuk mendapatkan rawatan, bayi ini perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 7 bulan untuk membuat pembedahan . Namun apakan daya, Allah S.W.T lebih menyayanginya, kami sendiri dapat merasai keperitan ibu ini.

Ibu manalah yang tak sedih apabila baru sahaja menyambut kelahiran anak namun hanya beberapa ketika sahaja dia menikmati kehadiran bayi tersebut. Harap si ibu ini tabah menempuhi dugaan besar ini dan moga roh adik Siti Fatimah Az Zahra sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Pergilah nak..pergilah ke tempat yang kami semua DAMBAKAN. �.

Jika sudah masanya Siti Fatimah Az zahra tinggalkan ibu..perrgilah nak.ibu dan abah relakan..ibu halalkan susu ibu buat anak ibu.az zahra tau kami smua sayang az zahra..nanti az zahra tunggu ibu dipintu syurga.bawa kami masuk syurga bersama az zahra..bawa abang zaiem, abang zahier ,kakak sara Ye.

�jika masanya kita berpisah ibu ayah relakan az zahra pergi�

Dokan kami semua jadi orang yg soleh,solehah sntiasa mncari jalan2 ke syurga allah dlm setiap gerak nafas kami.peliharalah kami dlm jalan yg benar iman yg teguh hati yg tabah dan redha pada takdir Allah..jika masanya kita berpisah ibu ayah relakan az zahra pergi.maafkan kesalahan ibu ayah jika ada trkurang melayan az zahra dalam hari2 yg allah hadirkan az zahra dlm kandungan ibu hingga az zahra lahir.

Besar sungguh NIKMAT Allah swt

Pesanan Terakhir sebelum saya pulang ke rumah. keadaan saya terlalu letih semalaman tidak tidur..dapat membacakan yassin, berbual,bercerita, sentuh, usap , peluk , cium sehingga jam 11am tadi.

Besar sungguh NIKMAT Allah swt.
Syukur alhamdulillah.

Tunggu ibu datang Ye. Ibu perlu rehat seketika.

Sahabat semua yang baru mengenali saya terima kasih atas doa sokongan . Maaf saya tidak sempat nk reply inbox msg, whatsapp, msg dan sbgainye. Ini kerana saya benar2 ingin menikmati Nikmat Allah utk bersama disaat Siti Fatimah Az Zahra Nazak.. Namun jasa baik kalian hanya Allah swt sahaja yg mbls nya.

Saya Ibu yang kuat dan Tabah?Zek Ayry Khan
Tunggu ibu datang Ye.
Ibu perlu rehat seketika.
Al-Fatihah Siti Fatimah Az Zahra


Sumber : Facebook Zek Ayry Khan

TUE MAKAN DIA!! "Aku Tetap Akan Saman Doktor Yang Telah Mengaibkan Isteri Terkangkang Ketika Bersalin"


Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh seorang doktor ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Baharu boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkata tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita terbabit apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya.

Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit.

Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital, katanya kepada media selepas mempengerusikan sesi percambahan minda Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita di sini pada Selasa.

Beliau mengulas tindakan seorang doktor wanita di sebuah hospital di Johor Baharu yang merakam gambar secara selfie sambil menunjukkan isyarat peace dengan pesakit itu dalam posisi bersalin.

Perbuatan itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit.

Pada masa sama, Rohani meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh terus memalukan dan mengaibkan maruah pesakit wanita berkenaan.

Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit, katanya.

Sumber: Mstar

MAU TAK TERKEJUT BERUK!! Inilah Jadinya Apabila Mayat Menjerit Minta Tolong Dari Dalam Kubur...



keluarga di La Entrada, yang terletak di barat Honduras terpaksa memecahkan tembok konkrit yang mengandungi keranda seorang gadis selepas mereka mendakwa mendengar jeritan suara meminta tolong dari dalam kuburnya.

Anggota keluarga Neysi Perez, 16, kemudiannya mendapati cermin yang menutupi keranda itu telah pecah manakala jari-jarin gadis itu pula lebam.

Bagaimanapun pegawai perubatan yang memeriksa mayat Perez, yang sedang mengandung tiga bulan itu, tidak menemui petunjuk bahawa dia masih hidup, lalu mayat itu dikebumikan semula di dalam kubur yang sama.

Perez dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu baju yang dipakainya ketika berkahwin dengan Rudy Gonzales.

Remaja itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam.

Dia dipercayai pengsan akibat serangan panik setelah mendengar bunyi tembakan.

Namun apabila remaja itu mula mengeluarkan buih dari mulutnya, ibu bapanya kemudian memanggil paderi yang percaya bahawa Perez telah dirasuk syaitan.

Paderi itu cuba memulihkan Perez namun selepas gagal, barulah keluarganya menghantar gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam kemudian.

Menurut Gonzales, ketika melawat kubur isterinya, dia mendengar bunyi hentakan dan jeritan dari dalam kubur yang dibina daripada batu konkrit tersebut.

�Apabila saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.

�Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,� katanya yang menaruh harapan tinggi bahawa isterinya itu masih hidup.

Dalam pada itu doktor yang mengesahkan kematian Perez iaitu Dr. Claudia Lopez berkata, seluruh keluarga tersebut dalam keadaan kelam kabut, hampir memecahkan pintu ketika mereka membawa mayat gadis berkenaan dalam kerandanya ke hospital.

�Saya menyuruh mereka mengangkat gadis itu dan meletakkannya di atas katil dan disebabkan mereka mendakwa dia masih hidup, saya telah melakukan pemeriksaan yang sepatutnya.

�Kami telah membuat penilaian dan melakukan segalanya namun gadis itu telah meninggal dunia. Mereka kemudiannya telah membawanya pulang ke kubur terbabit,� katanya. � Mynewshub

Bersabarlah Yatt : Berita Terbaru Tentang Beliau Yang Pasti Semua Peminat Akan Terkejut


Terlerai juga ikatan perkahwinan Haryati Hamzah atau Yatt dengan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor. Sebelum ini rumah tangga mereka pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan.

 Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi. Perkahwinan pasangan itu sejak 29 Mac 2009 retak akhirnya semalam (25 Ogos). Mereka bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang. Hal itu disahkan sendiri Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantarnya kepada BH Online.

 Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa.

 Sekian, terima kasih," katanya. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Luahan Sedih Cikgu Taska - �Kalau RM280 Tu Besar Sangat, Jaga Sendirilah Anak�


kali ini, guru taska Ruhana Salleh mendedahkan sikap ibu bapa yang sebenarnya �kurang faham� tentang konsep rumah pengasuh.






sumber asal

Akhirnya Bapa Idaman Semalaya Tunjukkan Bakat Terpendam,Luahkan Puisi Khas Buat Permata Terbaru HAYLA MAGHFIRAHTUL ADZKIYAA Yang Pasti Menyentuh Perasaan Semua...



Tahniah diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan,Aeril Zafril Dan Wawa Zainal yang baru saja menimang cahaya mata kedua beberapa hari yang lalu.Gambar baby comel telah dikongsikan sendiri oleh beliau di laman instagram rasmi beliau.

Siapa sangka,disebalik wajah yang macho dan kacak tersimpan satu bakat yang jarang didapati dikalangan lelaki muda masa kini.Terbaharu beliau dikatakan memuat naik satu puisi penuh syahdu penuh maknanya didekasikan khas buat putera dan puteri mereka.

Apapun pun admin doakan agar kedua-dua anak pasangan selebriti popular ini akan menjadi insan yang berguna pada agama,bangsa dan negara apabila dewasa kelak.insha allah :)


DUNIA AKHIR ZAMAN!! Bermula Di FB Berakhir Di ....


%^Seorang wanita baru mengenali teman lelakinya melalui laman sosial Facebook (FB) dicekup dalam serbuan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel bajet, dekat sini.

Wanita berusia 26 tahun terbabit mendakwa berasal dari Sabah datang ke Semenanjung Malaysia semata-mata untuk mencari pekerjaan atas bantuan teman lelakinya.

Difahamkan, dia sanggup menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum dibawa teman lelakinya ke negeri ini untuk mendapatkan kerja.


APA NAK JADI!! Bakal Ustaz Dan Ustazah Akhirnya Tewas Dengan Pujukan Syaitan Di Hotel Bajet...


$%Walaupun berpenampilan alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab, namun itu bukan jaminan buat sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu mereka.

Pasangan yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu kelihatan alim dengan lengkap berkopiah serta bertudung labuh seakan-akan orang yang warak agamanya.

Gadis berhijab tersebut baru melangkau umur 17 dan lelaki yang berkopiah berumur 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.

Lebih memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

Ketua Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.

Kedua-dua penuntut universiti tersebut berada didalam keadaan separuh bogel ketika pintu dibuka sebelum memakai pakaian masing-masing selepas diarahkan berbuat demikian. Gadis tersebut berada dibawah selimut dalam keadaan ketakutan ketika Penguatkuasa agama memperkenalkan diri mereka.

MESTI BACA!! Kronologi Dan Kisah Sebenar Yang Ramai Tidak Tahu Isu Bayi Sindrom Down Maut Akibat Di Jerut



$%Pada 3 Ogos 2015@Isnin, dalam pukul 4:50 petang, saya dikejutkan dengan berita kematian anak saya yang diberitahu oleh Doktor Ayu dari Klinik Dahlia yang terletak di Bandar Baru Selayang. Setibanya saya di Klinik, tiba-tiba owner Taska anak saya, Taska Kasih Fidza,

yang bernama Mohfidzawati binti Darus, telah tunduk dan bersujud di kaki saya. Selepas itu, saya terus melihat anak saya terkulai layu di atas katil dengan lebam dan bintik-bintik merah di muka dan dia tidak bernyawa. Saya sangat terkejut dan sedih teramat sangat kerana disebelah pagi tadi saya menghantar anak saya ke taska dalam keadaan sihat,happy.

Menurut Doktor Ayu terdapat kesan lebam bukan sahaja di muka tetapi terdapat juga di leher dan benjolan di kepala. Kesan lebam di leher seumpama bekas di cekik dan juga menurut Doktor Ayu apabila owner taska tiba di klinik anak saya memang sudah tidak bernyawa.

 Mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak saya. Paling menyakitkan hati saya setelah pengebumian arwah Doktor Ayu telah menceritakan semula kepada saya yang owner taska, Mohfidzawati bt Darus telah �mencampak� jenazah anak saya setibanya di klinik, jika Doktor Ayu tidak menyambut jenazah, jenazah akan terjatuh ke lantai.

Sungguh kejam! Pemilik Taska (owner) juga telah mencuba untuk melarikan diri setelah �mencampakkan� jenazah tetapi dapat ditangkap oleh staff-staff Klinik Doktor Ayu. Maknanya semasa saya tiba di klinik dia hanyalah �berlakon� kononnya �meminta maaf� dengan bersujud di kaki tanpa sepatah kata keluar dari mulutnya.

Disebabkan berasa �kesian� kepada Mohfidzawati kerana �menangis-nangis� di situ, saya tidak sampai hati hendak bertanya apa telah terjadi. Pada pemikiran saya pada masa itu, ia hanyalah suatu kemalangan yang tidak di sengajakan. Pada masa yang sama, kakak ipar saya telah pergi ke taska (kali pertama) untuk mengambil anak sulung dan ketiga, dan juga barang-barang lain.

 Di situ, dia telah bertanya kepada staff-staff taska apa yang terjadi dan mereka tidak memberi sebarang penjelasan. Kakak ipar saya juga bertanya di manakah kedudukan katil arwah semasa kejadian tetapi mereka tidak memberi apa-apa jawapan. Di situ kami sekeluarga sudah agak was-was tetapi masih meletakkan kepercayaan kepada Taska Kasih Fidza.

Pada petang yang sama, saya pula ke taska sebenarnya untuk mengambil botol susu anak tertinggal, dan saya bertanya sekali lagi apa yang berlaku, barulah salah seorang staff membuka mulut menyatakan yang anak saya �sesak nafas� dan mereka telah membuat CPR dan selepas itu arwah muntah. Setelah mendengar penjelasan dari staff, saya redha dengan pemergian anak saya, pada mulanya.

Pada malam itu, pihak polis yang sudah berada di Klinik Dahlia, meminta kami membawa jenazah ke HKL untuk membuat post-mortem. Kami berkeras tidak membenarkan doktor menjalankan post-mortem. Akan tetapi, mengikut prosedur dan juga pemerhatian doktor pakar kesan lebam di leher anak saya bukanlah kematian seperti yang di nyatakan oleh pihak taska. Jika dia �sesak nafas� sepatutnya tidak ada kesan lebam di leher.

Untuk pendekkan cerita, malam di HKL, penuh dengan drama yang melibatkan ahli keluarga, pihak hospital dan polis. Tapi yang peliknya owner Taska Kasih Fidza langsung tidak hadir di hospital dan tidak dapat di hubungi oleh pihak polis. Something fishy going on there�


Post-mortem telah di lakukan keesokkan harinya bersamaan 4hb (selasa). Itu hanya dilakukan setelah pihak polis pergi ke taska untuk menjalankan siasatan. Taska masih beroperasi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pihak polis menyoal siasat terus dengan owner taska dan staff dan juga melihat CCTV. Malangnya kedudukan katil arwah tidak berada dalam range CCTV. Menurut pihak polis, owner taska masih berdolak-dalih untuk menjawab soalan mereka. Setelah pihak polis menggertak owner taska barulah dia menceritakan yang arwah �TERJERUT EXTENSION WAYAR� yang telah di lalukan di atas katil arwah.

Saya hanya mengetahui pengakuan owner taska setelah pihak polis kembali ke HKL. Saya dan keluarga sungguh terkejut dan tidak dapat menerima cara pemergian anak kesayangan saya dan juga cara pihak taska yang cuba menyembunyikan cerita sebenar. Setiap hari saya terbayang pergelutan anak saya untuk bernafas. Anak istimewa yang ditatang telah pergi di atas kecuaian orang lain. Di mana perginya staff-staff taska pada masa itu??Anak-anak kami telah ditinggalkan untuk berapa lama tanpa pantauan sehingga boleh terjadinya kematian!!!!???

Setelah post mortem dilakukan, keputusan menyatakan arwah meninggal disebabkan �COMPRESSION TO THE NECK BY LIGATURE�. Selepas daripada itu, dalam kesedihan kami terus bergegas untuk menyelesaikan proses pengebumian arwah. Alhamdulillah, arwah selamat dikebumikan sebelum azan maghrib pada hari yang sama.

Ye, owner taska ada telefon dan sms kami tetapi belum datang berjumpa sehingga kini. Walaubagaimanapun, jika dia datang, kami pun tidak ada hati nak berjumpa disebabkan PENIPUAN dan BERDOLAK-DALIH dan LAKONAN SEMATA-MATA. Penampilan yang alim tetapi tidak berhati perut dan berperangai munafiq. Lagi membuak kemarahan kami apabila kami mendapat tahu yang owner taska dengan sombongnya berkata �TASKA SAYA TAK AKAN DITUTUP, INI HANYA KES KECUAIAN!� kepada parents yang menghantar anak2 mereka di taska.

Wahhhhhh �. Angkuhnya owner taska ini�..Allah sahaja yang mengetahuinya..


Kami berharap keadilan dapat ditegakkan dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menjalankan tanggungjawab dengan telus. Semoga allah membantu kami dalam mencari keadilan untuk almarhum anak kami.

Al-Fatihah buat anakanda Farees Ikhwan Bin Fathan
Dipetik dari: https://anaksyurga.wordpress.com/

SEDIH SANGAT!! Apabila Bekas Kekasih Datang Serbu Dan Terus Peluk Ketika Majlis Persandingan Berlangsung...


$%Risna dengan tabah datang ke pernikahan bekas kekasihnya, Rais (25) dengan pasangannya. Ternyata dia tak kuasa melihat pemuda yang menjadi kekasihnya selama tujuh tahun itu bersanding dengan wanita lain di pelaminan.

Risna langsung memeluk dan menangis di dakapan Rais. Dia sudah tak memikirkan ada istri Rais di sebelahnya. Suasana yang awalnya gembira, berubah menjadi haru.

Para undangan dan keluarga Rais pun terkejut bahkan ada menangis melihat kejadian tersebut.
Keluarga Rais mengatakan, pihaknya sudah pernah melamar Risna karena mereka sudah berpacaran sejak 2005 lalu. Namun ditolak oleh keluarga Risna dengan berbagai alasan.

�Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,� jelas keluarga Rais.
Foto Rais yang mengenakan pakaian adat bugis tengah mendekap mantannya yang menangis di depan istrinya tersebar di jejaring sosial.

PANAS SANGAT!! Gambar Terlajak Berani Aksi Zarina Anjoulie Dengan Teman Lelaki Dalam Tandas Kini Tersebar Di Laman Sosial...


#$Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan kontroversi panas apabila berani memuat naik foto sedang berpelukan dan di cium oleh kekasihnya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Zarina yang memakai pakaian yang agak se ksi tanpa segan silu memuat naik foto bersama jekaka bertatu tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang sudah biasa dengan dirinya.


Walaupun menerima pelbagai kritikan dan komen daripada pengikutnya, Zarina nampak tenang dan seakan sudah lali dengan pandangan negatif masyarakat terhadap dirinya.

Kami pun tak tahu apa motif Zarina Anjoulie paparkan foto tersebut dan tidak henti mencipta kontroversi. Mungkin kah beliau rasa gembira bila orang ramai berbicara mengenai hal beliau? Sahaja ingin menarik perhatian ramai?-BeautifulNara

TUE MAKAN DIA!! (6 GAMBAR) Jurukamera Amatur Ini Tersangatlah Leka Merakam Gambar Gadis Cantik Didalam ERL KLIA Transit,Sehinggalah KANTOI...


$#Wanita itu duduk sendirian sambil asyik bermain Blackberry di dalam kereta KLIA Express menuju Stasyen KL (Kuala Lumpur) Central, Malaysia, Kamis (2/8).


Setelah gadis tersebut menyedari perbuatan saya yang merakam fotonya secara curi-curi, tiba-tiba beliau datang ke arah saya dan terus menanyakan mengapa saya bertindak sedemikian.

Tanpa segan silunya, saya memberikan jawapan bahawa saya suka untuk merakamkan foto-foto yang indah, dan ternyata awak sangat indah di mata saya, jadi saya merakamkannya...


Setelah mendengar jawapan dari saya, wajah gadis tersebut nampak macam blurrr...





Monday, 24 August 2015

BIIAR BETUL!! Hantu Lebuh raya di Malaysia yang benar-benar wujud


$%MOHD. Fitri tidak menyedari ada imej �lembaga� berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula.

KANGAR � Seorang guru bahasa Arab, Mohd. Fitri Mohamad tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, Mohd. Fitri juga mendakwa keretanya terasa begitu �berat� dan beliau ternampak kelibat �lembaga� semasa berhenti di Padang Besar.


GAMBAR ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej �wanita berbaju merah� itu kelihatan.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej �lembaga� dipercayai wanita berbaju merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

Mohd. Fitri, 29, mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Shatini Shahidan, 28, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Shatini.
Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

�Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja,� katanya.
Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

�Saya sempat membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,�� ujarnya.
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

�Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,� ujarnya.
Sementara itu, Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, dia tidak berasa sesuatu yang aneh.



Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani.

Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April.

Dalam kejadian tersebut, mangsa-mangsa mendakwa cuba mengelak �wanita berkebaya merah� yang dilihat melintas lebuh raya di situ.

Kaum Hawa Terutamanya Mesti Nak Tahu Inilah 10 Punca Utama Kenapa Running Man Sangat Popular Di Negara Kita..



$%Jadi mengapakah Running Man begitu popular? Running Man tidak dihiasi oleh lelaki-lelaki super kacak dan wanita-wanita super cantik yang sering menjadi resipi mana-mana program televisiyen.



1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.
Secara jujur, sekali anda sudah menonton Running Man, anda pasti akan ketagih. Setiap episod mempunyai kisahnya yang tersendiri dan yang pasti, akan membuatkan anda ketawa berdekah-dekah. Boleh sakit perut dibuatnya.



Kisah Benar Seorang Penggali Kubur Temui Mayat Berusia 30 Tahun Yang Masih Elok

sekadar gambar hiasan

#$%Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.


sumber

Kisah Benar Terlajak Sedih : Gadis Dibunuh Sahabat Sendiri



$Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi �makan-makan� setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang �merancang� sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam�memang kejam!


hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
 �Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan ituadalah tidak wajar,� kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki

Mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa�.lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!
pusara Allahyarham

kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut
korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini�http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html

akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua
Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.



BERANI TENGOK TAK?? Inilah 5 Hukuman Mati Paling Kejam dan Ngeri Di Dunia


$%Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga sipil China.Tahukah korang berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!mai !..kejam siott..

2)Snake Pitini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Narapidana dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.

3)Cakar Sepanyol
Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.

4)Dihiris Perlahan Lahan
Ling Chi, diterjemahkan sebagai �lambat mengiris� atau �kematian yang masih tersisa� itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.

5)Dibakar
Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.